Blog List

Friday, 19 October 2012

Siakap Kong Kong

KP96 bersama hasil tangkapan
siakap yg berjaya dipancing dengan umpan udang hidup :)
ikan ini di daratkn pada 12 Oktober 2012 pukul 7.40 malam :)
siakap











 berat ikan ini setelah ditimbang ialah 550gram :)











antara hasil tangkapan : ikan kotkot
bergambar sebelum balik

Friday, 5 October 2012

Casting Raya Ke-3 2012

Dengan menngunakan umpan cicak,Joran Exori, kekili Starlit Lubit 1000,tali Tomman 15lb... KP96 dapat seekor haruan kat parit depan rumah nenek... :)
Haruannya agak kasar dan ganas... :)

Friday, 10 August 2012

My Lures

Rapala shad rap,rapala x-rap,storm thunderstick,popper zetz chinnu,hinomiya,bakau red head,bakau,gold seahawk spoon, abu garcia spoon,bakau spinner,bakau spinner,bakau spinner...
 Kotak Gewang BAKAU
RAPALA X-Rap

Casting di Bulan Ramadhan 2012

 Cangkuk katak sebelum casting katak kat tasek belakang tu...
 Ni la katak yang digunakan sebagai umpan..mata kail weedless dengan pemberat digunakan untuk mencangkuk katak tersebut..
Relaks kejap, matahari dh tinggi...
Lepak kt jambatan tasek...
 Periksa keadaan katak...

Joran Exori, kekili Starlit Lubit 1000,tali Tomman 15lb...
Tasek Teratai Bukit Layang-layang...

Saturday, 28 July 2012

dialog lawak! abang cintakan sayang kan?

lelaki: ye!abg dh lme tunggu saat ni!
perempuan: abg nk tinggalkn syg ke?
lelaki: mstilah x..tolong jngn fikir mcm tu...xmungkin terjadi!
perempuan: abg cintakan syg kn?
lelaki: ye,tiap hari
perempuan: abg pernah tipu syg x?
lelaki: x! npe syg slalu tnye mcm tu?
perempuan: abg akn slalu kluar dngn syg x?
lelaki: stiap kali ade peluang, abg xkn lepaskan
perempuan: abg akn pukul syg?
lelaki: gile ke? abg bkan lelaki mcm tu!
perempuan: boleh ke sye pcayekn abg?
lelaki: ye!
perempuan: syg!


selepas couple: baca dari bawah ke atas pulak~

Friday, 27 July 2012

skuter e-ride

kimpalan meggunakaN MIG~
kerja-kerja mengimpal~
keja-kerja menggerudi~
motor pengelap cermin kereta digunakan~
skuter yg telah siap~

1 Julai 2012 -KP96 masok ptandingan reka cipta...tak sangka dpt tmpat pertame... dlm mase 4 hari kiteowg buat... Skuter e-ride

haruan yg telah dilepaskan

 haruannye kcik je...dapat mase maceng kt tasek dahlia :)

IKAN HARUAN

Haruan (Channa striatus), spesies suka menyendiri memilih kawasan berpaya, parit atau sawah padi sebagai perumah dan mudah dikesan terutama di kawasan semak berair cetek.

Ia begitu popular bagi kaum Cina, khususnya untuk perubatan. Popularitinya meningkat naik berikutan hasil penyelidikan mendapati dagingnya mengandungi asid Arachidonis yang dikatakan mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat malah kaya dengan kandungan protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan badan.


1. Pemakanan

Dikelaskan sebagai karnivor. Makanan utama ialah anakanak ikan kecil, anak katak, udang dan juga cacing. Ketika memburu ia sering menyelinap di celah rumput tebal dengan mendiamkan diri sebelum menyerang mangsa. Paling menarik, haruan hanya memakan ikan hidup.

2. Habitat dan taburan

Keseimbangan pH7 adalah tahap air paling sesuai baginya. Ini bermakna, ia lebih selesa berada pada tahap air sedikit masam bercampur kelat.

Manakala keliatan air ialah 8. Haruan tidak suka berada di kawasan terdedah matahari. Justeru, ia lebih gemar bersembunyi di tempat teduh dan terlindung. Tidak hairan ia lebih selesa berada di kawasan bersuhu sejuk dengan suhu air sekitar 26 darjah celsius. Ia dikatakan mampu membesar sehingga 25 sentimeter.

Di negara Asia taburannya menyeluruh. Ia boleh didapati dengan mudah di India, Pakistan, Bangladesh, Lembangan sungai Mekong dan juga Chao Phraya, Sumatera serta Kepulauan Jawa.

3. Lokasi

Di Pahang, ia banyak menghuni kawasan anak sungai di kawasan pendalaman, terutama di Jerantut, Lipis, Rompin, dan Kuantan.

Selain itu, ia juga mendiami sekitar parit sawah padi di Pahang Tua dan Ganchong, Merchong di Pekan serta Selendang di Rompin.





my betta fish :)


ini lah antara ikan pelaga yg KP96 bela...ada jugak yg dh mati...      


tips penjagaan ikan laga
                                                           
Jangan campurkan ikan laga

Ikan laga yang sudah menjangkau usia yang matang tidak boleh diletakkan beberapa ekor di dalam satu tempat. Ini kerana ikan laga berdarah fighter dan akan bertarung dan membunuh ikan laga yang lain. Ikan laga jantan akan berlawan hingga salah seekor mati. Sekiranya ikan laga betina dicampurkan dengan ikan laga jantan, ikan betina akan luka dan cedera teruk. Kadangkala ikan betina juga akan mati. Ikan yang bergaduh dan cedera akan koyak ekornya. Ini akan mengurangkan kecantikan ikan tersebut. Namun, ikan laga betina boleh hidup secara berkelompok, dengan syarat ia dipelihara dengan jumlah yang banyak dalam satu tempat.

Dapatkan bekas yang sesuai

Pastikan saiz bekas yang digunakan sesuai dengan ikan laga kesayangan anda. Jangan gunakan bekas yang terlalu sempit. Kerana ini akan mengehadkan pergerakan ikan tersebut. Bekas yang sesuai, ialah bekas yang membolehkan ikan berenang. Bekas yang lutsinar, membolehkan kita melihat kecantikan ikan dari sudut pandangan sisi.Jangan letakkan ikan di dalam tin, kerana tin akan berkarat.

Letakkan tumbuhan

Tumbuhan air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan. Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang dikumuhkan oleh ikan. Kesannya, air akan sentiasa bersih dari bahan2 yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai. Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian yang sudah mati dan sebagainya.

Berikan makanan hidup

Ikan betta sangat sukakan makanan hidup. Antara yang paling mudah didapati ialah jejentik. Nyamuk akan membiak di dalam air yang tenang dan jernih. Ambillah sedikit jejentik, dan berilah ikan laga anda makan seminggu atau dua minggu sekali.

Letakkan daun ketapang

Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium. Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin. Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung. 

Letakkan kayu Hiasan

Letakkanlah kayu hiasan dan sebagainya, untuk dijadikan tempat ikan laga anda bermain, menyorok dan berenang mengelilinginya. Cara ini mungkin akan menggembirakan dan mengurangkan stress ikan laga kesayangan anda. Ikan laga yang stress akan kurang berenang, statik di bahagian dasar dan mempunyai warna yang pucat.

Tukar air tiga hari sekali

Air hendaklak ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air yang baru.

Gunakan garam

Garam digunakan sekiranya ikan anda ditumbuhi sawang putih yang melekat di insang. Dengan meletakkan sedikit garam biru, ikan akan kembali sihat. Garam biru boleh diperoleh dari kedai ikan perhiasan. Namun, jangan gunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ekor ikan menjadi koyak dan terluka. Hal ini kerana PH air yang terlalu beralkali tidak sesuai dengan ikan laga.

Gunakan air yang sesuai

Ramai yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan. Namun, adalah lebih baik menggunakan air paip yang telah lama ditadah dan dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga.

Sayangi ikan anda

Tips terakhir ialah, sayangi ikan anda. Ikan akan lebih sihat, aktif dan cergas sekiranya mendapat kasih sayang dan penjagaan yang rapi. Beri makan mengikut waktu dan tidak dalam kuantiti yang terlampau banyak. Sentiasa menjaga kualiti air dan hiasilah bekas atau akuarium dengan tumbuhan dan sebagainya.

Friday, 9 March 2012

kakipacing96 by: MUHD. SYARUL QAYYUM



aktiviti memancing ni sebenarnya satu latihan jiwa, iaitu melatih seseorang sentiasa sabar untuk mendapat hasil yang terbaik saperti IKAN sebagai contoh.